~ tentang kami

My photo
Sepang, Selangor, Malaysia
~ perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan..

LATAR BELAKANG

~ MARS KINDERGARTEN ditubuhkan pada tahun 2008 di Taman Ixora, Banting Selangor. MARS KINDERGARTEN terletak di sebuah kawasan perumahan teres yang sering mendapat tumpuan daripada penduduk sekeliling. Tadika kami juga berada di dalam persekitaran yang selamat, selesa serta dalam keadaan yang baik. MARS KINDERGARTEN mempunyai 5 orang staff termasuk pengurus tadika, guru tadika bagi 5 tahun dan 6 tahun, pembantu tadika dan tukang masak tadika. Kami memilih nama MARS KINDERGARTEN kerana kami ingin kanak-kanak yang belajar di tadika kami ini berjaya ke tahap yang lebih tinggi. 

VISI 
~ CELIK IT, GENERASI GEMILANG 

 MISI 
~ melaksanakan pembelajaran komputer berdasarkan Silibus Cambridge Starter Award in ICT. ~ melahirkan individu yang berpotensi dan celik IT mengikut peredaran masa. 

 MATLAMAT 
~ mengintegrasikan pembelajaran yang berkonsepkan ICT dalam kalangan kanak-kanak supaya dapat membentuk individu yang mampu menyahut cabaran masa depan. 

 KELEBIHAN MARS KINDERGARTEN. 
~ makmal yang mempunyai kelengkapan teknologi terkini serta sukatan pembelajaran terkini. ~ kemudahan pengangkutan ke sekolah. ~ sudut pembelajaran sains di luar kelas.

YURAN PERSEKOLAHAN.
yuran kemasukan pertama : RM 500
yuran bulanan : RM 350
* yuran kemasukan pertama merangkumi buku-buku, pakaian persekolahan serta pakaian sukan, serta yuran persekolahan. 

UNIFORM MARS KINDERGARTEN.




PAKAIAN SUKAN MARS KINDERGARTEN.

No comments:

Post a Comment